Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul =)




Ya Rasulullah,
Pemergianmu tiada pengganti,
Kaulah insan yang paling mulia di dunia ini..
Ya Rasulullah,
Walau kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah,
Bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..


Assalamualaikum...

Matahari memancarkan sinarnya, burung-burung berkicauan di pagi yang indah.. semua makhluk mengalunkan zikir dan selawat.. memuji kebesaran Allah.12 Rabi'ul Awal 1432 Hijriah, tarikh yang bersejarah buat seluruh umat Islam.. tarikh ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad. Pada hari ini, seluruh umat Islam berselawat ke atas Rasulullah sempena ulangtahun kelahirannya.. Tetapi ingatlah, bukan hanya hari ini kita perlu berselawat kepada baginda Rasulullah tetapi juga hari-hari lain.

Kita berselawat kepada Rasulullah atas tanda kasihnya kita kepada baginda dan agar kita memperoleh syafaat dari Rasulullah.. Semoga baginda mengakui kita sebagai umatnya, Ameen.. Marilah kita sama-sama mengimbau kembali sejarah kehidupan Rasulullah sepanjang hayatnya.. Perjuangan baginda demi menyebarkan agama Islam dan kasih sayang baginda terhadap umatnya sangat hebat .. Baginda tetap tabah menyebarkan agama Islam walau mendapat tentangan yang hebat dari kaum musyrikin..

Bahkan saat Rasulullah menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda menyebut Ummati bererti umatku sebanyak 3 kali.. Walaupun dalam keadaan yang tenat, Rasulullah tidak menghiraukan kesakitannya tetapi baginda merisaukan keadaan umatnya selepas kewafatan baginda. Betapa kasihnya Rasulullah kepada kita.. Oleh itu, marilah kita berselawat kepada baginda Rasulullah atas tanda kasihnya kita kepada baginda dan juga bersyukur kepada Allah kerana Allah menititipkan Rasulullah untuk membimbing kita ke agama Allah yang benar iaitu Islam=)

Alhamdulillah..

1 comment:

  1. Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aali saidina Muhammad :)

    Alhamdulillah=)

    ReplyDelete