Saturday, March 27, 2010

Nikmat itu

Assalamualaikum..

Pada jam sekitar 11.30 p.m. tadi, maka selesailah tugas saya untuk mengemas bilik yang sudah lama tidak dikemas. memang teramat penat! tetapi, nikmat juga sebenarnya.. kerana :-
  • Menjumpai kembali barang-barang yang sudah lama dicari
  • Mengimbau kembali detik-detik yang bermakna buat diri apabila melihat kertas/barang yang berkenaan
  • Melihat markah-markah peperiksaan dahulu(menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempertingkatkan markah)
  • Mengumpul semula barang-barang yang berharga(terutamanya pemberian dari rakan-rakan lama dan baru)

Alhamdulillah, penat itu hilang apabila hati gembira :D Walaupun saya sensitif dengan habuk, tetapi saya lakukan juga.. mengemas sambil beseronok! Apabila kita tidak rasa tertekan dan ikhlas melakukannya, sesuatu pekerjaan itu akan menjadi mudah, InsyaAllah. Selepas mengemas, barulah saya lebih bersemangat untuk belajar memandangkan buku-buku dan kertas-kertas sudah berada di tempat yang sepatutnya :)

Tugas saya sekarang, hanya belajar.. segala kemudahan sudah lengkap. Cuma bergantung pada diri saya sendiri, sama ada mahu menggunakan nikmat itu dengan sebaiknya atau tidak. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih :D Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini dan pimpinlah daku agar sentiasa di jalanMu.. Kesimpulannya, lakukan sesuatu pekerjaan itu dengan gembira agar kita dapat merasai nikmat dan kepuasan itu setelah melakukannya :)

Friday, March 26, 2010

Kenangan

Assalamualaikum..

Sore tadi, saya membelek kembali album-album gambar keluarga saya. Selepas saya melihat gambar-gambar saya bersama keluarga pada waktu dahulu, saya sedar.. Amira is not a little girl anymore, dah besar dah (: Teringat semasa saya darjah 1, terlalu malas untuk ke sekolah.. sedar tak sedar, terlalu cepat masa berlalu. Saya juga mendapati bahawa saya seorang yang suka bergaya pada zaman kanak-kanak dahulu. Pantang bergambar, pasti pelbagai gaya dan adegan saya pamerkan di hadapan kamera, haha.. setiap kenangan yang manis itu, tidak akan luput dari ingatan saya.

Oleh itu, saya memasang keinginan untuk mengumpul kembali gambar semasa saya kecil sehingga besar bersama keluarga. Keinginan itu kuat sekali, saya mahu mengumpul gambar-gambar tersebut.. kerana bagi saya, itu adalah satu-satunya harta yang bermakna. Dengan melihat gambar-gambar tersebut, saya dapat mengimbau kembali saat-saat itu dan ketawa (: Kenangan tidak bisa dibeli, ia hanya abadi dalam diri kita. Sesungguhnya, perkara yang sudah kita lalui, hanya akan menjadi kenangan.. Selepas ini, saya akan postkan cerita atau maklumat yang lebih menarik untuk dikongsi bersama dari semasa ke semasa, InsyaAllah (=

Thursday, March 25, 2010

Ujian dari Allah

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini, saya diuji dengan pelbagai perkara. Ya, dan setiap perkara itu merupakan ujian dari Allah. Saya redha dengan setiap berlaku atas diri ini, tetapi saya juga manusia lemah... Kadang, saya akan rasa putus asa dan liat untuk bangkit semula. Allah menguji kita bersebab dan tersingkap hikmah yang kita tidak tahu.. Saya bersyukur kerana dengan ujian yang diberi, ia menguji sejauh mana ketabahan hati dan kesabaran saya dalam menghadapi ujian tersebut.

Dari pandangan luar, tiada siapa yang tahu apa yang tersingkap di dalam lubuk hati saya, hanya segelintir sahaja yang tahu. Tetapi terima kasih kepada yang sudi mendengar dan sentiasa memberi sokongan untuk saya terus bangkit dan berjuang di atas bumi Allah ini. Dorongan kalian amat berharga buat saya (: Mungkin Allah Azza Wajalla mahu memberi peringatan atau menyedarkan saya akan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan.. Tetapi saya masih leka dan alpa.



Alhamdulillah, walau pada mulanya saya tidak dapat menerima perkara itu, tetapi selepas saya bermuhasabah diri dan merenung kembali.. saya sedar betapa banyak perkara saya memandang ringan atau terlepas pandang. Dan Allah menyedarkan saya akan tanggungjwab saya.. Terima kasih Ya Allah! (: Sesungguhnya, selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Percayalah kalian pada ketentuan Allah, Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.. jangan menyesal atau mengeluh dengan apa yang menimpa diri kita. Sebaliknya, menjadikan ia sebagai pendorong untuk melangkah ke hadapan.Jika rasa putus asa, cepat-cepatlah muhasabah diri dan sedar bahawa kegagalan adalah langkah untuk mencapai kejayaan. Dengan berbekalkan doa, usaha dan tawakkal, InsyaAllah, Allah pasti berada bersama-sama kita dan membantu kita (: Yakinlah dengan Allah!

Kegagalan merupakan cikgu yang terbaik untuk kita berjaya. Jadi, jangan mudah menyerah dan takut akan kegagalan.. kerana ia akan menjadikan diri kita lebih tabah dan hebat! Kata-kata perangsang adalah salah satu langkah untuk menaikkan semangat. Cubalah! pasti sedikit sebanyak ia membantu! Bagi saya, dengan kata-kata perangsang, ia dapat memberi kekuatan untuk saya menghadapi sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan lebih yakin.. InsyaAllah :)

"Amira! Kau boleh!tabahkan dirimu! lapangkan dadamu! Majulah ke depan! Berbekalkan doa,usaha dan tawakkal, Allah pasti akan membantumu dan kejayaan pasti akan menjadi milikmu dengan izinNya! Kau harus mula melangkah dari sekarang, masih belum terlambat!" :D

Tuesday, March 23, 2010

Wafiy Awliya

Assalamualaikum...

Beberapa bulan yang lalu semasa saya mula-mula membuat blog, abah bertanya kepada saya, "Wafiy Awliya tu apa maksud dia?", tanya abah. Saya tidak ingat sama ada saya memberi jawapan bagi pertanyaan tersebut atau tidak, tapi yang pasti saya tidak menerangkan maksud Wafiy Awliya dengan tepat. Wafiy Awliya adalah Setia Kekasih..

Sebenarnya, sudah lama saya memasang angan-angan untuk memiliki sebuah blog.. Saya selalu menjengah ke blog kakak saya Noor Izzati dan saya mendapati setiap input yang dipostkan oleh beliau sangat menarik dan bermanfaat. Semenjak itu, saya menanam sebuah matlamat dalam diri untuk memiliki blog. Ya, tidak dinafikan, blog mempunyai banyak kebaikan. Dengan adanya blog, kita boleh berinteraksi dengan masyarakat dari seluruh dunia.

Bagi saya, blog boleh membantu saya untuk saya berkongsi pengalaman atau apa jua maklumat yang bermanfaat. Sekaligus mengajar saya untuk berinteraksi dengan masyarakat. Selepas saya bertekad untuk memiliki sebuah blog, saya mencari nama yang sesuai bagi blog saya. Hasilnya, Wafiy Awliya nama yang telah dipilih.. Seperti saya bilang tadi, ia bermaksud Setia Kekasih. Bukan bermakna saya mempunyai kekasih hati dan saya setia bersamanya sampai lautan api sanggup diredah.. tidak, saya bukan jenis begitu. Urusan itu, biar Yang Maha Esa yang menentukannya..


Saya memilih Wafiy Awliya kerana saya hanya mahu setia disisiNya.. menjadi insan yang tidak melupakanNya, tidak berubah arah dan sentiasa mentaati perintahNya. Nama ini mendekatkan saya kepada pencipta saya iaitu Allah, Yang Maha Esa. Pengalaman dahulu membuatkan saya membuka mata betapa saya terlalu jauh dariNya. Pengalaman mengajar saya erti hidup dan tujuan saya untuk hidup di muka bumi ini.

Semakin umur saya meningkat, semakin banyak perkara yang saya sedar, tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini bukan mudah. Banyak ujian yang harus ditempuhi, tetapi saya yakin Allah menguji hamba-hambaNya mengikut kemampuan masing-masing. Allah Maha Penyayang, Dia tidak akan menguji di luar kemampuan kita, dan setiap yang berlaku, mengandungi beribu-ribu hikmah yang tersirat di sebaliknya.. InsyaAllah

Bertukar Blog

Assalamualaikum..

Saya dahulunya merupakan pemilik blog wafiy awliya tetapi saya telah menukarnya atas sebab-sebab tertentu. Menggunakan blog yang baru, saya masih menggunakan Wafiy Awliya sebagai tema blog ini. Saya berharap, dengan wujudnya blog ini, merupakan titik permulaan bagi saya untuk melangkah dengan lebih jauh, insyaAllah (: Di blog inilah, ruang di mana saya akan kisahkan ceritera hidup yang saya lalui hari demi hari dengan usia yang semakin singkat.. juga beberapa maklumat yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama kalian.

Saya masih mentah dan insan lemah yang tidak mengerti apa-apa. Sebarang maklumat atau tunjuk ajar dari kalian amatlah saya hargai dan akan saya tatang ilmu itu bagai minyak yang penuh. Akhir kalam, semoga Allah meredhai setiap apa yang bakal saya hiasi ruang blog ini dengan bait-bait perkataan atau madah yang memberi faedah buat kita semua.. InsyaAllah