Monday, May 16, 2011

Happy Teachers Day =)


Bismillahirrahmanirrahim...


Bercakap mengenai hari guru, saya teringat kembali tentang  peperiksaan Bahasa Inggeris kertas 2 yang baru saya duduki pada minggu lepas. Tajuk yang dipilih oleh saya adalah "Teacher". Mungkin kerana hari guru bakal menjelang, jadi pada waktu itu saya terpanggil untuk menghasilkan satu karangan tentang guru. Alhamdulillah, berjaya juga untuk melengkapkan karangan tersebut walau jumlah patah perkataan hanya cukup- cukup makan saja :D 


Buat semua guru- guru, pengorbanan, jasa dan kasih sayang kalian tiada tolok bandingnya. Selamat Hari Guru! =)


Guru

Dialah yang mendidik
Dialah yang mencurahkan segala ilmu
Dengan penuh kesabaran
Dengan penuh kasih sayang

Sungguh
Tiada siapa yang mampu
Menggantikanmu
Dirimu permata negara
Yang mencorakkan anak muda
Menjadi insan berguna

Tiada siapa mampu
Membeli hatimu
Walau dengan intan permata
Tiada nilainya
Intan permata itu
Dibandingkan dengan hatimu
Yang suci bersalut emas

Dirimu insan mulia
Tiada kenal penat lelah
Dan putus asa
Demi mencorak
Anak didikmu


Semoga Allah meredhai kalian
Guruku

Friday, April 29, 2011

Ujian Kehidupan


Assalamualaikum

Untuk mereka yang  berada dalam kesulitan dan kesempitan, bersabarlah:)

Yakinlah, Allah tidakkan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya itu


Kita semua diuji oleh Allah, kerana Allah sayang. Kerana Allah nak uji keimanan kita.

Ingatlah, kalau kita rasa kita dah tak nak hidup lagi di muka bumi ini. Cukupkah amalan kita sampai kita dah tak nak hidup lagi?

Kalau kita rasa ujian tu berat sangat. Adakah hanya kita seorang yang Allah beri ujian seberat itu? Apa pula yang terjadi di Palestin itu? Bukankah mereka sedang berjuang bermati- matian untuk menegakkan agama Allah? Untuk mengambil semula hak mereka. Bandingkan dengan mereka, ujian kita tak sehebat mereka.

People, wake up! :) Be strong. Jangan hanyut dan melayan perasaan yang tak sudah. Semua ada ujian masing- masing. Hidup di dunia, tak ada yang senang.


Nak masuk syurga, senang ke? Mesti diuji dulu. Dan ujian itu, bukanlah mudah. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Hidup kita di dunia adalah tempat kita diuji. Adakah kita akan terus hanyut atau berada di jalan yang diredhaiNya?

Muhasabah diri kembali. Peringatan buat diri ini juga.

"No fatigue, nor disease, nor anxiety, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that." 
(Al-Bukhari and Muslim)


Everything happens for a reason!
Yakinlah dengan janji Allah!


Cahaya Illahi

Tika kebuntuan,
Tika keresahan,
Jalannya semakin suram,
Lorongnya semakin kelam,
Tujuannya semakin samar.

Saat itu,
Segalanya sudah tiada makna,
Diri dihantui,
Kesedihan yang melampau,
Keperitan yang menghiris.

Tika itu,
Yang dicari hanya,
Kebahagiaan kekal abadi,
Ketenangan tidak terperi,
Kecintaan yang hakiki.

Detik ketikanya,
Jalan ditemukan,
Di saat rebahnya diri.

Ia Bagaikan cahaya,
Menerangi laluannya,
Menerobos hatinya,
Menenangkn jiwa keresahannya.

Cahayanya,
Cahaya lllahi

Stw : last year
Ew : 29/4/11 11.10 p.m.

Friday, April 15, 2011

Lepaskanlah



Lepaskan ia pergi
Lontarkan semuanya
Yang terbuku di dada
Jangan biarkan
Hatimu penuh
Menanggung derita itu
Menanggung beban itu
Seorang diri

Lontarkan segala-galanya
Selagi ia boleh dilontarkan
Jangan biarkan ia sarat
Dalam hatimu yang rapuh itu

Andai tiada siapa disisimu
Usahlah kau gusar
Kerana Dia sentiasa
Menanti hambaNya
Yang menyerahkan
Segalanya kepadaNya

6.38p.m.
15/04/2011

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul =)




Ya Rasulullah,
Pemergianmu tiada pengganti,
Kaulah insan yang paling mulia di dunia ini..
Ya Rasulullah,
Walau kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah,
Bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..


Assalamualaikum...

Matahari memancarkan sinarnya, burung-burung berkicauan di pagi yang indah.. semua makhluk mengalunkan zikir dan selawat.. memuji kebesaran Allah.12 Rabi'ul Awal 1432 Hijriah, tarikh yang bersejarah buat seluruh umat Islam.. tarikh ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad. Pada hari ini, seluruh umat Islam berselawat ke atas Rasulullah sempena ulangtahun kelahirannya.. Tetapi ingatlah, bukan hanya hari ini kita perlu berselawat kepada baginda Rasulullah tetapi juga hari-hari lain.

Kita berselawat kepada Rasulullah atas tanda kasihnya kita kepada baginda dan agar kita memperoleh syafaat dari Rasulullah.. Semoga baginda mengakui kita sebagai umatnya, Ameen.. Marilah kita sama-sama mengimbau kembali sejarah kehidupan Rasulullah sepanjang hayatnya.. Perjuangan baginda demi menyebarkan agama Islam dan kasih sayang baginda terhadap umatnya sangat hebat .. Baginda tetap tabah menyebarkan agama Islam walau mendapat tentangan yang hebat dari kaum musyrikin..

Bahkan saat Rasulullah menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda menyebut Ummati bererti umatku sebanyak 3 kali.. Walaupun dalam keadaan yang tenat, Rasulullah tidak menghiraukan kesakitannya tetapi baginda merisaukan keadaan umatnya selepas kewafatan baginda. Betapa kasihnya Rasulullah kepada kita.. Oleh itu, marilah kita berselawat kepada baginda Rasulullah atas tanda kasihnya kita kepada baginda dan juga bersyukur kepada Allah kerana Allah menititipkan Rasulullah untuk membimbing kita ke agama Allah yang benar iaitu Islam=)

Alhamdulillah..

Friday, February 11, 2011

Redha

Assalamualaikum..

Sudah lama tidak mengupdate blog.. mungkin dek kerana kehabisan idea atau tiada apa-apa yang ingin dikongsikan.. Tetapi kali ini saya di sini, ingin berkongsi sesuatu :) Keputusan untuk ke SMKA sudah pun keluar pada hujung bulan Januari yang lepas.. dan keputusannya permohonan saya gagal.. Saya redha, sungguh.. Walaupun saya bercita- cita untuk berpindah sekolah jika mendapat tawaran, namun ini yang terbaik yang Allah tetapkan buat saya dan juga sepupu..

Di mana-mana juga sama. Asalkan kita dapat menjalani hidup berdasarkan syariat dan agama yang ditetapkan.. asalkan kita tidak terleka dengan godaan dunia dan sentiasa istiqamah ke arah kebaikan.. Jika saya mendapat tawaran berdasarkan surat rayuan, Alhamdulillah.. kemungkinan besar saya akan meneruskan pembelajaran saya di sekolah tersebut. Sungguh, sangat sedih dan pilu untuk meninggalkan teman-teman seperjuangan dan sekolah.. Selama 3tahun di sekolah SMKSI ini, banyak kenangan pahit dan manis bersama teman-teman dan guru-guru.

Namun, jika saya berpindah, bukan saya berpindah kerana tahap sekolah tersebut lebih baik dari sekolah sekarang. Pastinya, bukan kerana itu.. Jika saya melangkah keluar dari sekolah sekarang, saya tidak melangkah dengan perasaan yang kosong.. tetapi, dengan azam dan tujuan yang ingin dicapai.. untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik..serta mencari pengalaman baru dan ilmu yang tidak pernah kering.. penghijrahan dari baik kepada yang lebih baik:) Moga Allah permudahkan..

Friday, January 21, 2011

Waktunya Telah Tiba

Assalamualaikum..

22 Januari 2011, bersamaan dengan hari Sabtu, hari yang ditunggu oleh saya, Syuhada, dan juga pemohon yang lain. Sungguh, hari yang sangat mendebarkan kerana itulah impian kami, itulah yang ingin kami tuju.. di situ, kami melangkah dengan azam dan semangat baru.

SEMAKAN KE SMKA Inilah yang kami nantikan.. dan harinya sudah semakin hampir, sangat hampir. Kami redha dengan segala keputusannya.. kerana kami tahu itu adalah yang terbaik dari Allah :) Saya dan sepupu tidak terlalu mengharap, takut kecewa.. kami hanya bersederhana :)

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk menerima apa jua keputusannya. Semoga langkah yang telah kami atur di awal tahun 2011 ini terus berjalan tanpa berhenti.. dan semakin hari semakin bercambah azam dan semangat untuk kami meneruskan perjuangan di muka bumi ini..

Amin ya rabbal alamin..

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah 3bulan bercuti, tiba masanya untuk kembali ke sekolah. Sudah lebih kurang 3minggu sesi persekolahan berjalan.. dan semuanya berjalan lancar mengikut peredaran waktu. Alhamdulillah, saya masih diberi nafas untuk bernafas di bumi Allah ini :) Semoga Allah memudahkan setiap perbuatan kita menuju redhaNya.. Sudah hampir sebulan setengah saya tidak mengupdate blog ini kerana saya bukan jenis yang rajin mengupdate blog.. saya hanya akan bercakap mengenai sesuatu perkara yang terlintas dan saya rasa perlu untuk dikongsi sahaja..

Saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.. masih di dalam bulan Januari, jadi masih boleh dikira:) SELAMAT TAHUN BARU! semoga dengan tahun baru ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. semoga tahun 2011 ini menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua. Semoga tahun ini terisi dengan perkara yang tidak sia-sia.. Semoga Allah meredhai kita semua sepanjang perjalanan hidup kita..

Sebenarnya saya hampir-hampir ingin membuat blog baru kerana saya rasa blog ini sudah tidak hidup.. tetapi saya padamkan niat dan terus menulis untuk mengupdate blog ini. Bagi saya, blog ini banyak kegunaannya kepada saya dan post-post yang lama membuatkan saya rasa sayang untuk memadamkannya, walaupun saya bisa postnya kembali di blog yang baru.. semoga dari sekarang dan seterusnya, saya dapat menghias blog ini dengan tulisan dan artikel yang bermanfaat.. semoga saya tidak jemu mengupdate blog ini :) semoga setiap artikel dan tulisan saya yang saya pamerkan, berguna untuk semua..

Bercakap mengenai hidup saya di tingkatan 4.. keadaannya baik-baik sahaja.. cuma lumrah dunia, semakin besar, semakin panjang dan sukar jalan yang harus ditempuhi.. saya bertemu dengan banyak subjek baru dan tentunya ia bukan mudah.. maka saya harus belajar dengan tekun agar saya dapat lebih berjaya dalam peperiksaan SPM dan tentunya di dunia dan di akhirat.. Ameen..