Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha :)

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, Aidiladha baru sahaja tamat kelmarin :) tentu ramai yang melakukan ibadah korban.Sebagai umat Islam, eloklah kita melakukan korban jika berkemampuan. Untuk kita membantu insan yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan. Dengan melakukan ibadah korban, bukan sahaja kita dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik tetapi juga dapat menyucikan jiwa dan hati kita  :) Setiap perbuatan yang dilakukan hanya semata- mata demi mendapat redhaNya. Moga kita semua diredhaiNya, InsyaAllah.


Pada raya haji kali ini, saya dan keluarga berkesempatan untuk beraya di kampung halaman sebelah abah yang terletak di Alor Star, Kedah =) Alhamdulillah, sangat seronok walaupun tidak berkesempatan untuk melihat lembu untuk dikorban di surau atau masjid. Tetapi suasananya tetap meriah, seperti raya puasa :) Dan saya sangat gembira kerana dapat bergambar bersama- sama keluarga. Bukan apa, pada raya puasa yang lepas, kami tidak berkesempatan untuk bergambar bersama- sama. Jadi, kami posing habis- habisan pada raya haji kali ini, hehe. 


Berkenaan dengan post saya sebelum ini yang berbentuk puisi, ia adalah warm up untuk saya mula menulis kembali. Tetapi bukan sekadar warm up, untuk menulis puisi itu juga bukan suatu yang mudah. Puisi yang saya hasilkan tidak mengikut gaya bahasa yang indah mahupun puitis. Ia terlahir daripada hati saya sendiri, untuk diri saya dan untuk mereka yang memerlukan =) Sebagai pemangkin untuk saya terus berdiri utuh menghadapi segala ujian dari Allah. Puisi adalah luahan rasa, perasaan dan apa yang difikirkan oleh seseorang. Tetapi bukan untuk dirinya sahaja,  untuk dikongsi bersama juga.


Hmm.. dan mengenai topik atau perkara yang ingin saya kongsikan selepas ini lebih menjerumus kepada isu- isu semasa dan mungkin agak berat isi kandungannya. Tetapi saya akan cuba menyampaikannya dalam bentuk yang santai, InsyaAllah :) Jadi, saya tidak mahu berceloteh panjang :) Moga selepas ini saya dapat menghasilkan sesuatu yang menarik dan bermanfaat untuk dikongsi bersama, InsyaAllah. 


Oh! Gambar- gambar di bawah ini adalah gambar yang diambil semasa raya haji yang lepas =D Moga Allah meredhai kami sekeluarga dan moga keluarga ini terus sakinah fi dunya wal akhirah, InsyaAllah. Dan keluarga anda juga, InsyaAllah :)


 Ni baru habis lompat :D hehe. 
With Muiz (my brother), Muaz and Raqib, cousin :) 



 Saya dan Kak Atie ajar si Afiq(cousin) macam mana 
nak buat peace :D


Family potrait 1 : Formal =)


Family potrait 2 : Free style =) 
*tengah sabar dengan muiz yang sedap2 cubit pipi org -.-



Salam Aidiladha dari kami sekeluarga =) 
May Allah bless all of us.


No comments:

Post a Comment