Tuesday, December 6, 2011

Disember =)

Bimillahirrahmanirrahim :)


Sudah lama tidak menjenguk ke laman blog. Apetah lagi untuk mengupdate blog. Hehe.. Rindu pula nak menjengah ke blog orang lain. Rasa lama sangat tinggalkan dunia blog ni. Blog Kak Atie, Syuhada, Diyana dan ramai lagi, terlalu banyak yang mereka kongsikan di blog masing- masing. Tentunya yang bermanfaat dan dapat mengisi rohani =) Saya mahu kembali ke dunia blog. Terus menulis, terus membaca dan menjengah blog. Sedikit sebanyak, dapat mengisi rohani dengan ilmu dan info yang cukup berguna dan bermanfaat. InsyaAllah.


Rasa sayang dan rugi, cuti sekolah disia- siakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Tetapi, sejak memasuki bulan Disember baru- baru ini, cuti sekolah mula terisi dengan pelbagai aktiviti. Alhamdulillah =) Saya sudah mula tuisyen dan bertugas di SPBT. hehe.. seronok! Tahun depan saya sudah memasuki tahun akhir persekolahan. Persiapan untuk SPM harus dimulakan daripada sekarang. Saya perlu mengulangkaji dan memantapkan pelajaran pada  tahun ini agar tahun depan mudah untuk mempelajari topik- topik baru yang mencabar tentunya. huhu.. Rasa takut lah pula. 


Tapi jika kita bersiap sedia dengan lebih awal, InsyaAllah semuanya akan menjadi mudah =)



No comments:

Post a Comment