Tuesday, October 25, 2011

Yakin JanjiNya =)


Kau sedar
Kau dilorong yang salah
Kau tahu
Hidup ini sementara
Dan kepada Dia
Kau akan dikembalikan.

Kau tahu
Mana yang benar
Dan mana yang salah
Namun
Langkahmu berat
Walau mahu mengatur
Satu langkah
Untuk suatu permulaan.

Memulakan sesuatu
Sangat payah untukmu
Kisah semalam
Tak sanggup kau kenang
Pedih menghiris
Hatimu yang mudah rapuh.

Kau tidak hiraukan
Manusia- manusia itu
Yang mengajakmu
Ke jalan
Disuluh cahaya terang.

Sungguh berat bagimu
Kau takut
Untuk meninggalkan
Nikmat dunia
Yang hanya sementara.

Pelbagai alasan kau berikan
Demi menutup kesalahanmu
Demi menutup keresahanmu
Yang sekian lama
Bertandang dalam hati.

Sekarang
Kau mampu tersenyum
Meski luka itu
Masih pedih
Namun kau yakin
Kau tidak keseorangan
Meninggalkan semuanya
Tiada penyesalan.

Kau masih diuji
Dan akan terus diuji
Dengan nikmat dunia
Namun kau tahu
Walau kau hilang segalanya
Dia masih disampingmu
Setia mendengar rintihanmu
Setia menantimu
Waktu suka
Mahupun duka.

Hapuskanlah air matamu
Ukirkan senyuman
Bukankah
Kau yakin dengan janjiNya?
Bukankah 
Kau mahukan redhaNya?

Ingatlah
Di saat semua tiada
Dia ada
Di saat tiada siapa mengerti
Dia mengerti.

Dialah penciptamu
ALLAH =)

EW : 0130 -- 261011

Thursday, June 23, 2011

Melakukan Perubahan, antara mahu atau tidak

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, seminggu sudah berlalu. Berlalunya cuti semester pertama untuk minggu yang pertama. Juga menandakan zon peperiksaan sudah berlalu juga. Sekejap sahaja masa berlalu, bagaikan angin yang menyapa sekali lalu. Apa yang kita lakukan atau manfaatkan sepanjang cuti ini? Adakah dibiarkan begitu sahaja, diisi dengan perkara yang sia- sia? Saya akui ramai yang akan berkata selepas berlangsungnya exam week "Bestnya! lepas ni boleh relaks puas- puas". Ok, yang bab relaks itu mungkin boleh diterima. tetapi sambil menenangkan fikiran selepas mengalami kekusutan kepala bahana exam, janganlah terlalu relaks=) andai sudah tidak ada mood untuk melihat buku pelajararan sekalipun, janganlah sampai masa cuti ini dibiarkan berlalu dengan sia- sia. got it? isi rohani. pada waktu- waktu cuti inilah masa untuk kita manfaatkan sepenuhnya dengan perkara yang membawa manfaat.



23/06/11

Bimillahirrahmanirrahim..


Seperti apa yang tertulis di atas, pastinya dapat meneka sendiri. Saya menulis sekitar pertengahan cuti sekolah semester  yang lepas. Semasa sedang bercuti di Langkawi. Tetapi tidak sempat dipostkan ke blog kerana belum habis menulis lagi, masih tergantung tak bertali bak kata orang. InsyaAllah kalau diberi kesempatan dan masa terluang, tulisan yang separuh siap di atas itu, akan saya siapkan. Moga Allah permudahkan.


Sudah agak lama tidak mengupdate blog. Dan Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Dia untuk mencoretkan sesuatu. Untuk membuang sawang- sawang yang sudah lama tidak dibersihkan, pastinya.Sedar tak sedar, sesi persekolahan sudah dua minggu berjalan. Dan kini hampir ke penghujung minggu kedua. Pastinya, exam sheet juga sudah siap ditanda dan dipulangkan. Malah cikgu- cikgu pun sudah mula meneruskan proses P&P seperti biasa. Jadi, bagaimana dengan keputusan peperiksaan anda? Memuaskan? Pasti ramai yang akan tersengih dan tersenyum. Ada banyak maksud tu. Maksud tersirat.


Let the past be the past kata orang. Yang penting, ambil hikmah di setiap sesuatu yang terjadi itu. Pasti ada hikmah. Yang berjaya mendapat markah- markah flying colours tu, teruskan usaha. Yang masih merangkak- rangkak macam saya sendiri, muhasabah kembali. Mana silapnya dan mana yang perlu dibetulkan. Masih ada masa untuk mengubah sesuatu itu dan berubah. Orang yang berjaya pasti akan mengalami kegagalan terlebih dahulu. Yang penting, ada kekuatan dan usaha untuk melakukan perubahan. Bukan difokuskan hanya dalam pelajaran, tetapi juga aspek- aspek yang lain.


Jadi, kepada mereka yang berjaya atau kurang berjaya, teruskan usaha. Kita semua Allah jadikan sama. Ada kelebihan dan kekurangan masing- masing. Kita pasti mampu untuk melakukan sesuatu perubahan, bukan hanya dalam aspek pelajaran, seperti yang saya katakan tadi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Betul lah peribahasa ini, tidak dapat dinafikan. Antara mahu atau tidak sahaja. Bak kata Hlovate, "live well or live hell. u choose." Sempat lagi selitkan. Apa- apa pun, moga pilihan yang dipilih merupakan pilihan yang terbaik, InsyaAllah.


Tiada siapa dapat menafikan sesuatu yang terjadi itu
Allah sudah tentukan semuanya
Kita manusia
Haruslah menggunakan akal untuk berfikir
Mencari hikmah di sebaliknya
Dan melakukan sesuatu untuk menanganinya
Berubahlah demi kebaikan
Berubahlah demi redhaNya
InsyaAllah, moga Allah permudahkan.

May Allah bless us.

Monday, May 16, 2011

Happy Teachers Day =)


Bismillahirrahmanirrahim...


Bercakap mengenai hari guru, saya teringat kembali tentang  peperiksaan Bahasa Inggeris kertas 2 yang baru saya duduki pada minggu lepas. Tajuk yang dipilih oleh saya adalah "Teacher". Mungkin kerana hari guru bakal menjelang, jadi pada waktu itu saya terpanggil untuk menghasilkan satu karangan tentang guru. Alhamdulillah, berjaya juga untuk melengkapkan karangan tersebut walau jumlah patah perkataan hanya cukup- cukup makan saja :D 


Buat semua guru- guru, pengorbanan, jasa dan kasih sayang kalian tiada tolok bandingnya. Selamat Hari Guru! =)


Guru

Dialah yang mendidik
Dialah yang mencurahkan segala ilmu
Dengan penuh kesabaran
Dengan penuh kasih sayang

Sungguh
Tiada siapa yang mampu
Menggantikanmu
Dirimu permata negara
Yang mencorakkan anak muda
Menjadi insan berguna

Tiada siapa mampu
Membeli hatimu
Walau dengan intan permata
Tiada nilainya
Intan permata itu
Dibandingkan dengan hatimu
Yang suci bersalut emas

Dirimu insan mulia
Tiada kenal penat lelah
Dan putus asa
Demi mencorak
Anak didikmu


Semoga Allah meredhai kalian
Guruku

Friday, April 29, 2011

Ujian Kehidupan


Assalamualaikum

Untuk mereka yang  berada dalam kesulitan dan kesempitan, bersabarlah:)

Yakinlah, Allah tidakkan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya itu


Kita semua diuji oleh Allah, kerana Allah sayang. Kerana Allah nak uji keimanan kita.

Ingatlah, kalau kita rasa kita dah tak nak hidup lagi di muka bumi ini. Cukupkah amalan kita sampai kita dah tak nak hidup lagi?

Kalau kita rasa ujian tu berat sangat. Adakah hanya kita seorang yang Allah beri ujian seberat itu? Apa pula yang terjadi di Palestin itu? Bukankah mereka sedang berjuang bermati- matian untuk menegakkan agama Allah? Untuk mengambil semula hak mereka. Bandingkan dengan mereka, ujian kita tak sehebat mereka.

People, wake up! :) Be strong. Jangan hanyut dan melayan perasaan yang tak sudah. Semua ada ujian masing- masing. Hidup di dunia, tak ada yang senang.


Nak masuk syurga, senang ke? Mesti diuji dulu. Dan ujian itu, bukanlah mudah. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Hidup kita di dunia adalah tempat kita diuji. Adakah kita akan terus hanyut atau berada di jalan yang diredhaiNya?

Muhasabah diri kembali. Peringatan buat diri ini juga.

"No fatigue, nor disease, nor anxiety, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that." 
(Al-Bukhari and Muslim)


Everything happens for a reason!
Yakinlah dengan janji Allah!


Cahaya Illahi

Tika kebuntuan,
Tika keresahan,
Jalannya semakin suram,
Lorongnya semakin kelam,
Tujuannya semakin samar.

Saat itu,
Segalanya sudah tiada makna,
Diri dihantui,
Kesedihan yang melampau,
Keperitan yang menghiris.

Tika itu,
Yang dicari hanya,
Kebahagiaan kekal abadi,
Ketenangan tidak terperi,
Kecintaan yang hakiki.

Detik ketikanya,
Jalan ditemukan,
Di saat rebahnya diri.

Ia Bagaikan cahaya,
Menerangi laluannya,
Menerobos hatinya,
Menenangkn jiwa keresahannya.

Cahayanya,
Cahaya lllahi

Stw : last year
Ew : 29/4/11 11.10 p.m.

Friday, April 15, 2011

Lepaskanlah



Lepaskan ia pergi
Lontarkan semuanya
Yang terbuku di dada
Jangan biarkan
Hatimu penuh
Menanggung derita itu
Menanggung beban itu
Seorang diri

Lontarkan segala-galanya
Selagi ia boleh dilontarkan
Jangan biarkan ia sarat
Dalam hatimu yang rapuh itu

Andai tiada siapa disisimu
Usahlah kau gusar
Kerana Dia sentiasa
Menanti hambaNya
Yang menyerahkan
Segalanya kepadaNya

6.38p.m.
15/04/2011

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul =)




Ya Rasulullah,
Pemergianmu tiada pengganti,
Kaulah insan yang paling mulia di dunia ini..
Ya Rasulullah,
Walau kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah,
Bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..


Assalamualaikum...

Matahari memancarkan sinarnya, burung-burung berkicauan di pagi yang indah.. semua makhluk mengalunkan zikir dan selawat.. memuji kebesaran Allah.12 Rabi'ul Awal 1432 Hijriah, tarikh yang bersejarah buat seluruh umat Islam.. tarikh ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad. Pada hari ini, seluruh umat Islam berselawat ke atas Rasulullah sempena ulangtahun kelahirannya.. Tetapi ingatlah, bukan hanya hari ini kita perlu berselawat kepada baginda Rasulullah tetapi juga hari-hari lain.

Kita berselawat kepada Rasulullah atas tanda kasihnya kita kepada baginda dan agar kita memperoleh syafaat dari Rasulullah.. Semoga baginda mengakui kita sebagai umatnya, Ameen.. Marilah kita sama-sama mengimbau kembali sejarah kehidupan Rasulullah sepanjang hayatnya.. Perjuangan baginda demi menyebarkan agama Islam dan kasih sayang baginda terhadap umatnya sangat hebat .. Baginda tetap tabah menyebarkan agama Islam walau mendapat tentangan yang hebat dari kaum musyrikin..

Bahkan saat Rasulullah menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda menyebut Ummati bererti umatku sebanyak 3 kali.. Walaupun dalam keadaan yang tenat, Rasulullah tidak menghiraukan kesakitannya tetapi baginda merisaukan keadaan umatnya selepas kewafatan baginda. Betapa kasihnya Rasulullah kepada kita.. Oleh itu, marilah kita berselawat kepada baginda Rasulullah atas tanda kasihnya kita kepada baginda dan juga bersyukur kepada Allah kerana Allah menititipkan Rasulullah untuk membimbing kita ke agama Allah yang benar iaitu Islam=)

Alhamdulillah..

Friday, February 11, 2011

Redha

Assalamualaikum..

Sudah lama tidak mengupdate blog.. mungkin dek kerana kehabisan idea atau tiada apa-apa yang ingin dikongsikan.. Tetapi kali ini saya di sini, ingin berkongsi sesuatu :) Keputusan untuk ke SMKA sudah pun keluar pada hujung bulan Januari yang lepas.. dan keputusannya permohonan saya gagal.. Saya redha, sungguh.. Walaupun saya bercita- cita untuk berpindah sekolah jika mendapat tawaran, namun ini yang terbaik yang Allah tetapkan buat saya dan juga sepupu..

Di mana-mana juga sama. Asalkan kita dapat menjalani hidup berdasarkan syariat dan agama yang ditetapkan.. asalkan kita tidak terleka dengan godaan dunia dan sentiasa istiqamah ke arah kebaikan.. Jika saya mendapat tawaran berdasarkan surat rayuan, Alhamdulillah.. kemungkinan besar saya akan meneruskan pembelajaran saya di sekolah tersebut. Sungguh, sangat sedih dan pilu untuk meninggalkan teman-teman seperjuangan dan sekolah.. Selama 3tahun di sekolah SMKSI ini, banyak kenangan pahit dan manis bersama teman-teman dan guru-guru.

Namun, jika saya berpindah, bukan saya berpindah kerana tahap sekolah tersebut lebih baik dari sekolah sekarang. Pastinya, bukan kerana itu.. Jika saya melangkah keluar dari sekolah sekarang, saya tidak melangkah dengan perasaan yang kosong.. tetapi, dengan azam dan tujuan yang ingin dicapai.. untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik..serta mencari pengalaman baru dan ilmu yang tidak pernah kering.. penghijrahan dari baik kepada yang lebih baik:) Moga Allah permudahkan..