Sunday, November 14, 2010

Happy 15th Birthday Dear Cousin! =)

from left, Dear cousin, Syuhada.. and me =)


Assalamualaikum...

Post kali ni ditujukan khas buat sepupu saya, Siti Nursyuhada yang baru menginjak usia 15 tahun pada 12 November yang lepas =) Dear, Sanah Helwah! semoga dengan umur yang semakin meningkat ini, dapat menjadikan awak lebih matang dan menjadi muslimah solehah. Semoga Allah meredhai awak dan melindungi awak..
Semoga syuhada kita yang comel ni dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Semoga Allah memperkenankan doa dan hajat awak.. semoga awak dapat hidup bersama- sama dengan orang yang awak sayang fi dunya wal akhirah! Maafkan kita andai kita banyak menyusahkan awak dan membuat awak terasa.. Syuhada, teruskan perjuangan di medan dunia ini. Hadapi segala ujian yang Allah berikan dengan lebih tenang dan tabah =)

Uhibbuki fillah abadan abada! =)

Thursday, September 16, 2010

PMR is around the corner!

Assalamualaikum..

Lagi 18 hari Penilaian Menengah Rendah(PMR) bakal berlangsung.. Hati ini sudah mula tak keruan pastinya. Setiap hari, angka 'countdown' pastinya makin berkurang mengikut peredaran hari
dan masa. Sungguh, siapa yang tak gentar. Tetapi, saya harus menghadapinya dengan tenang dan penuh tawakkal..

Sebelum menghadapinya, maka saya harus mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya dengan masa dan sisa waktu yang masih berbaki ini.. Semoga Allah membantu dan sentiasa bersama saya
dan rakan-rakan seperjuangan dalam setiap perbuatan kami menuju kejayaan, InsyaAllah Ameen :)

Cinta Suci

CINTA,
Suatu yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata,
Cuma hati yang merasa..

CINTA,
Ah! Memang indah,
Seindah sekuntum bunga yang mekar mewangi,
Seindah alam ciptaan Illahi...

CINTA,
Peliharalah ia,
Jangan cemari ia,
Cinta adalah anugerah Allah yang teragung,
Yang tidak terperi nilainya..

CINTA,
Alangkah indahnya cinta suci itu,
Diberikan hanya buatNya,
Yang Maha Agung..

CINTA,
Dengan cintaNya,
Terlahirlah cinta yang diredhaiNya..
InsyaAllah :)

16 September 2010
08.09 p.m.

Saturday, May 15, 2010

Kesabaran dan Ketabahan

Assalamualaikum..

Kita manusia biasa, kita merupakan khalifah Allah. Allah pasti menguji setiap hamba-hambaNya untuk melihat sejauh mana keimanannya.. dan Allah tidak akan menguji setiap hamba-hambaNya di luar kemampuan seseorang itu. Semakin kita meningkat usia, semakin banyak ujian yang dihadapi. Jangan sesekali menyalahkan takdir dan ketentuan Allah.. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu itu. Dalam mengharungi ujian itu, memang perit dan payah tetapi ingatlah setiap ujian yang diberikan oleh Allah adalah untuk menguji keimanan kita.. Harungilah setiap ujian itu dengan bijak dan jangan mengikut nafsu semata-mata.

Semakin umur saya meningkat, semakin banyak ujian yang harus ditempuhi. Saya sedar mengenai tujuan saya hidup di bumi Allah ini ketika berusia 13tahun. Setelah saya mengalami sedikit masalah ketika usia tersebut, saya menyedari segala kekhilafan diri. Alhamdulillah, dengan perkara tersebutlah, saya hari ini menyedari tentang kekuasaan Allah dan ketentuan Allah. Saya juga tidak pernah menyalahkan setiap sesuatu yang terjadi pada diri saya. Sebaliknya, berusaha untuk mengharungi ujian dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan sekeping hati yang mudah rapuh ini.

Kesabaran dan ketabahan amatlah penting dalam mengharungi setiap ujian dari Allah. Jika tiada dua sifat ini, seseorang itu akan menjadi mudah marah dan sentiasa menyalahkan apa yang berlaku terhadap dirinya. Istiqamah dan tawakkal juga perlu ada dalam diri kita disamping berdoa. Terimalah setiap ujian itu, jangan lari dari masalah.. Ia tidak menyelesaikan apa-apa. Dan jangan pula membiarkan syaitan bersorak gembira dengan kemarahan dan api kebencian kerana ego seseorang manusia. Tetapi, harungilah dengan penuh kesabaran dan yakinlah setiap yang berlaku itu punya hikmah..

Mungkin mereka belum memahami dan bertindak sedemikian.. Tetapi saya tidak akan membenci mahupun berdendam dengan seseorang. Itu bukanlah sebahagian dari hidup saya. Walaupun hati terhiris dan hiba dengan tindakan itu, tetapi saya tidak akan bertindak melulu.. Biarkan mereka ingin berbuat demikian, tetapi saya di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat kita semua dan saya diam bukan tanda saya merelakan diri saya begitu.. tetapi tidak mahu memarakkan api mana-mana yang sedang marak.

Buat rakan-rakan, terutamanya yang pernah saya rapat dahulu, maafkan segala kesilapan yang pernah saya lakukan jika ada. Buat rakan saya yang satu itu, tiada sekelumit rasa benci mahupun dendam.. bahkan hati ini sudah jernih. fahamilah saya dan kami. Moga di dalam ingatanmu masih ada kami. Kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik. Buat insan yang pernah saya kenali itu, walau diriku kau sangkakan sedemikian rupa, tetapi aku amat berharap akan perubahan dari dirimu.. Walau luka itu amat dalam, ku cuba sedaya upaya menguatkan diri dan hati ini..

Akhir sekali, lirik di bawah ini merupakan lagu dari kumpulan UNIC, liriknya begitu mendalam bagi diri yang sedang mencari kekuatan ini.. Semoga Allah meredhai kita semua.. Hayatilah..

Wallahua'lam..

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Monday, April 12, 2010

Hold My Hand

Hayatilah...

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand

Turn around and see what have left behind

So Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what have left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Friday, April 9, 2010

TAG TAG! =)

Assalamualaikum..

Okay, sis.. I'll answer your question that you tagged me in! :D

1. My real name is Noor Amira bt. Abdul Rahim

2. I'm a girl. My age turned 15 on 5th April ago (: PMR candidate ok? haha.. InsyaAllah, will be sitting the exam in 5th October, pray the best for me..

3. I hate people who doesn't care about what others people feeling and acting like nothing happens.. plus, don't appreciate friends! please, concern about what others people feeling, try to be the best friend and cares about your friend! :)

4. I'm on the mood to study hard for my PMR and start to be a good and caring person. I choose to be quiet because it makes me start to think and realize about the surrounding and people around me ;)

5. I love to have a stationery set! haha.. My pen has run out of ink!

6. I'm mixed blood of o+ and b+[I'm not so sure about this. Gonna ask abah and mama later on. Hehe.]

Okay, I'm done! huhu.. Duhh, there's a lot of homework, exercise and revision to do! Amira, come on! Study smart do not study hard.. Enjoy yourself when studying! :D

Saturday, March 27, 2010

Nikmat itu

Assalamualaikum..

Pada jam sekitar 11.30 p.m. tadi, maka selesailah tugas saya untuk mengemas bilik yang sudah lama tidak dikemas. memang teramat penat! tetapi, nikmat juga sebenarnya.. kerana :-
  • Menjumpai kembali barang-barang yang sudah lama dicari
  • Mengimbau kembali detik-detik yang bermakna buat diri apabila melihat kertas/barang yang berkenaan
  • Melihat markah-markah peperiksaan dahulu(menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempertingkatkan markah)
  • Mengumpul semula barang-barang yang berharga(terutamanya pemberian dari rakan-rakan lama dan baru)

Alhamdulillah, penat itu hilang apabila hati gembira :D Walaupun saya sensitif dengan habuk, tetapi saya lakukan juga.. mengemas sambil beseronok! Apabila kita tidak rasa tertekan dan ikhlas melakukannya, sesuatu pekerjaan itu akan menjadi mudah, InsyaAllah. Selepas mengemas, barulah saya lebih bersemangat untuk belajar memandangkan buku-buku dan kertas-kertas sudah berada di tempat yang sepatutnya :)

Tugas saya sekarang, hanya belajar.. segala kemudahan sudah lengkap. Cuma bergantung pada diri saya sendiri, sama ada mahu menggunakan nikmat itu dengan sebaiknya atau tidak. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih :D Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini dan pimpinlah daku agar sentiasa di jalanMu.. Kesimpulannya, lakukan sesuatu pekerjaan itu dengan gembira agar kita dapat merasai nikmat dan kepuasan itu setelah melakukannya :)