Saturday, March 27, 2010

Nikmat itu

Assalamualaikum..

Pada jam sekitar 11.30 p.m. tadi, maka selesailah tugas saya untuk mengemas bilik yang sudah lama tidak dikemas. memang teramat penat! tetapi, nikmat juga sebenarnya.. kerana :-
  • Menjumpai kembali barang-barang yang sudah lama dicari
  • Mengimbau kembali detik-detik yang bermakna buat diri apabila melihat kertas/barang yang berkenaan
  • Melihat markah-markah peperiksaan dahulu(menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempertingkatkan markah)
  • Mengumpul semula barang-barang yang berharga(terutamanya pemberian dari rakan-rakan lama dan baru)

Alhamdulillah, penat itu hilang apabila hati gembira :D Walaupun saya sensitif dengan habuk, tetapi saya lakukan juga.. mengemas sambil beseronok! Apabila kita tidak rasa tertekan dan ikhlas melakukannya, sesuatu pekerjaan itu akan menjadi mudah, InsyaAllah. Selepas mengemas, barulah saya lebih bersemangat untuk belajar memandangkan buku-buku dan kertas-kertas sudah berada di tempat yang sepatutnya :)

Tugas saya sekarang, hanya belajar.. segala kemudahan sudah lengkap. Cuma bergantung pada diri saya sendiri, sama ada mahu menggunakan nikmat itu dengan sebaiknya atau tidak. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih :D Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini dan pimpinlah daku agar sentiasa di jalanMu.. Kesimpulannya, lakukan sesuatu pekerjaan itu dengan gembira agar kita dapat merasai nikmat dan kepuasan itu setelah melakukannya :)

No comments:

Post a Comment