Thursday, March 25, 2010

Ujian dari Allah

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini, saya diuji dengan pelbagai perkara. Ya, dan setiap perkara itu merupakan ujian dari Allah. Saya redha dengan setiap berlaku atas diri ini, tetapi saya juga manusia lemah... Kadang, saya akan rasa putus asa dan liat untuk bangkit semula. Allah menguji kita bersebab dan tersingkap hikmah yang kita tidak tahu.. Saya bersyukur kerana dengan ujian yang diberi, ia menguji sejauh mana ketabahan hati dan kesabaran saya dalam menghadapi ujian tersebut.

Dari pandangan luar, tiada siapa yang tahu apa yang tersingkap di dalam lubuk hati saya, hanya segelintir sahaja yang tahu. Tetapi terima kasih kepada yang sudi mendengar dan sentiasa memberi sokongan untuk saya terus bangkit dan berjuang di atas bumi Allah ini. Dorongan kalian amat berharga buat saya (: Mungkin Allah Azza Wajalla mahu memberi peringatan atau menyedarkan saya akan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan.. Tetapi saya masih leka dan alpa.



Alhamdulillah, walau pada mulanya saya tidak dapat menerima perkara itu, tetapi selepas saya bermuhasabah diri dan merenung kembali.. saya sedar betapa banyak perkara saya memandang ringan atau terlepas pandang. Dan Allah menyedarkan saya akan tanggungjwab saya.. Terima kasih Ya Allah! (: Sesungguhnya, selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Percayalah kalian pada ketentuan Allah, Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.. jangan menyesal atau mengeluh dengan apa yang menimpa diri kita. Sebaliknya, menjadikan ia sebagai pendorong untuk melangkah ke hadapan.Jika rasa putus asa, cepat-cepatlah muhasabah diri dan sedar bahawa kegagalan adalah langkah untuk mencapai kejayaan. Dengan berbekalkan doa, usaha dan tawakkal, InsyaAllah, Allah pasti berada bersama-sama kita dan membantu kita (: Yakinlah dengan Allah!

Kegagalan merupakan cikgu yang terbaik untuk kita berjaya. Jadi, jangan mudah menyerah dan takut akan kegagalan.. kerana ia akan menjadikan diri kita lebih tabah dan hebat! Kata-kata perangsang adalah salah satu langkah untuk menaikkan semangat. Cubalah! pasti sedikit sebanyak ia membantu! Bagi saya, dengan kata-kata perangsang, ia dapat memberi kekuatan untuk saya menghadapi sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan lebih yakin.. InsyaAllah :)

"Amira! Kau boleh!tabahkan dirimu! lapangkan dadamu! Majulah ke depan! Berbekalkan doa,usaha dan tawakkal, Allah pasti akan membantumu dan kejayaan pasti akan menjadi milikmu dengan izinNya! Kau harus mula melangkah dari sekarang, masih belum terlambat!" :D

No comments:

Post a Comment